Dulu kaki jalan, bila ada baby rasa payah...
Macam tu la rasa masa nak membiasakan diri ada anak. Almaklumlah selama ni, rasa nak pegi mana-mana, cari tiket kat internet, bungkus baju, jalan terus. Fikir keperluan diri sendiri je. Kalau tak cukup, nanti boleh beli bila dah sampai kat destinasi. Baju ke, berus gigi ke, hapa ke.
Lepas beranak, nak keluar pegi kedai runcit pun, nak bersiap tu adoiiii... Maknye keluar selekeh serabai je, tapi nak kena bawak jugak segala lampin anak, botol susu.. just in case.
Tapi dah namanya gatal kaki, lepas anak dah berapa bulan, angkut jugak. Mula-mula dulu trip yang agak mencabar pun, pegi naik Kem Baha, kat Gunung Stong, Kuala Krai, Kelantan. Camping 3 hari 2 malam. Masa tu Luqman 7 bulan kot. Masa dia setahun, saya rasa dah boleh "grad" kan dia naik flight kot, so Cik Leen pun plan la trip ke Bromo. Memang dah lama teringin kot. Sekarang ni, dia dah masuk 17 bulan, kami pun rasa yakin la sikit nak bawak jauh-jauh.
PERSIAPAN
Adik saya dah pesan siap-siap, tak payah bawak stroller. Nak tolak dekat mana? Lepas tu sejuk pulak kat sana. So bawak carrier je la. Memandangkan carrier Luqman masa baby macam dah tak relevant nak bawak, dan saya pun tak beli baru sebab dia lebih suka berjalan, saya pun terfikir la nak sewa je. Godek-godek kat internet, terjumpa la Royanness Babywearing ni, Kak Seha tuan punya page ni. Dia tinggal di Bayan Lepas je, so dekat la nak pegi test. Test punya test macam-macam jenis, tersewa la SSC Tugeda. RM30 je per week. Untuk 2 minggu, diskaun pulak dapat RM50.
Disebabkan saya first time bawak baby keluar dari Malaysia, saya pack je semua benda yg saya rasa dia perlu. Pampers pun sampai separuh bag saya pack. Satu suitcase tu barang dia je. Lagi pulak, adik kata kat Bromo tu malam ke pagi suhu boleh cecah 10° Celcius, makanya saya bawak jaket, sweater wool, sweater cotton, leggings, semua ada. Takut jugak kulit dia kering sebab sejuk atau kena gigit nyamuk, saya bawak jugak Herbal Blend sekali (ni mak bapak pun boleh guna heheh). Tak lupa gak NutriFeron. Ye la kat tempat asing kan, jumpa orang macam2 jenis. Nak kena kuatkan immune system Luqman gak kan.
AT THE AIRPORT...
Nak ke Bromo ni, the nearest international flight ialah ke Surabaya. Nasib baik Penang-Surabaya ada direct flight dengan Air Asia. Disebabkan Luqman masih category infant dan duduk atas riba je, so tiket dia pun RM50 je one way. Flight ada sekali je sehari. Yg kitaorang punya hari tu, depart 3.50pm, makan masa 3 jam jugak. Macam biasa, kalau naik Air Asia, datang awal ye. Kitaorang datang 2 jam awal, kononnya sebab dah check-in online. Tapi rupanya saya terlupa, luggage tag nak kena print jugak. Beratur la kat kiosk nak print tag pulak. Lepas tu beratur lagi kat baggage drop punya line. Mau sejam jugak beraturnya. Terpaksa la Fendi bawak Luqman jalan-jalan keliling airport dulu sementara tunggu saya drop luggage.
Dah settle luggage semua, gerak la kitaorang ke immigration pulak. Nasib baik line kat Penang ni tak panjang. Memandangkan Luqman ni infant, saya tak pegi la guna Auto Gate. Beratur kat hakak immi je. Dia macam terkejut bila kitaorang kata nak ke Surabaya jalan-jalan. Katanye selalu orang pegi Surabaya untuk kerja je (ye ke?)
Memandangkan ada lagi sejam, kitaorang pun decide nak minum dulu kat cafe dalam ni. Ye la, nak jalan pun, mana ada apa. Papa Luqman order nasi lemak. Sempat la Luqman lena sekejap...
Kita sampai kat airport je dulu. Sampai kat Surabaya nanti, kita sambung entry lain pulak ye.
-Cik Leen-

Gunung Bromo during sunrise. Ampunkan la camera tak canggih... |
PERSIAPAN
Adik saya dah pesan siap-siap, tak payah bawak stroller. Nak tolak dekat mana? Lepas tu sejuk pulak kat sana. So bawak carrier je la. Memandangkan carrier Luqman masa baby macam dah tak relevant nak bawak, dan saya pun tak beli baru sebab dia lebih suka berjalan, saya pun terfikir la nak sewa je. Godek-godek kat internet, terjumpa la Royanness Babywearing ni, Kak Seha tuan punya page ni. Dia tinggal di Bayan Lepas je, so dekat la nak pegi test. Test punya test macam-macam jenis, tersewa la SSC Tugeda. RM30 je per week. Untuk 2 minggu, diskaun pulak dapat RM50.
SSC Tugeda Air untuk toddle - ni model Dragreen. Comey kan? |
Disebabkan saya first time bawak baby keluar dari Malaysia, saya pack je semua benda yg saya rasa dia perlu. Pampers pun sampai separuh bag saya pack. Satu suitcase tu barang dia je. Lagi pulak, adik kata kat Bromo tu malam ke pagi suhu boleh cecah 10° Celcius, makanya saya bawak jaket, sweater wool, sweater cotton, leggings, semua ada. Takut jugak kulit dia kering sebab sejuk atau kena gigit nyamuk, saya bawak jugak Herbal Blend sekali (ni mak bapak pun boleh guna heheh). Tak lupa gak NutriFeron. Ye la kat tempat asing kan, jumpa orang macam2 jenis. Nak kena kuatkan immune system Luqman gak kan.
Satu beg penuh baju dia sorang je |
Macam ni la backpacking with a baby kot. Cuma beg galas untuk carry on je tak nampak. |
Luqman in SSC Tugeda Air 2.0. Cantik design dia. |
AT THE AIRPORT...
Nak ke Bromo ni, the nearest international flight ialah ke Surabaya. Nasib baik Penang-Surabaya ada direct flight dengan Air Asia. Disebabkan Luqman masih category infant dan duduk atas riba je, so tiket dia pun RM50 je one way. Flight ada sekali je sehari. Yg kitaorang punya hari tu, depart 3.50pm, makan masa 3 jam jugak. Macam biasa, kalau naik Air Asia, datang awal ye. Kitaorang datang 2 jam awal, kononnya sebab dah check-in online. Tapi rupanya saya terlupa, luggage tag nak kena print jugak. Beratur la kat kiosk nak print tag pulak. Lepas tu beratur lagi kat baggage drop punya line. Mau sejam jugak beraturnya. Terpaksa la Fendi bawak Luqman jalan-jalan keliling airport dulu sementara tunggu saya drop luggage.
Dah settle luggage semua, gerak la kitaorang ke immigration pulak. Nasib baik line kat Penang ni tak panjang. Memandangkan Luqman ni infant, saya tak pegi la guna Auto Gate. Beratur kat hakak immi je. Dia macam terkejut bila kitaorang kata nak ke Surabaya jalan-jalan. Katanye selalu orang pegi Surabaya untuk kerja je (ye ke?)
Memandangkan ada lagi sejam, kitaorang pun decide nak minum dulu kat cafe dalam ni. Ye la, nak jalan pun, mana ada apa. Papa Luqman order nasi lemak. Sempat la Luqman lena sekejap...
Kita sampai kat airport je dulu. Sampai kat Surabaya nanti, kita sambung entry lain pulak ye.
-Cik Leen-
Comments
Post a Comment