Set Berpantang Hebat Untuk Cepat Sembuh, Elak Meroyan, Bertenaga Dan Banyak Susu

Mesti ramai ibu-ibu mengandung yang mencari set berpantang kan?

Ye la, dah bersalin, mesti la kita nak kena recover badan kita semula. Ada bermacam-macam pilihan untuk set berpantang ni. Ada yang suka cara tradisional, ada yang suka cara moden. Ada jugak yang suka dua-dua. Macam Cik Leen, dua-dua pun Cik Leen guna jugak masa berpantang.

set-berpantang-operation-lengkap
Set berpantang moden pilihan saya untuk cepat sembuh lepas bersalin cesarean

Kalau yang tradisional ni, macam-macam jenis ada. Antara yang popular, sebab dari zaman mak-mak kita pun dah guna, contohnya macam Mustika Ratu, Nona Roguy, Nyonya Meneer, Air Mancur, Afiat, dan bermacam-macam jenis lagi la. Set berpantang ala tradisional yang dah moden pun banyak. Ada yang lengkap dengan tungku, bunjut mandi, minyak urut, pilis, bengkung, nak senaraikan semua pun tak cukup tangan.

Tapi pada Cik Leen, yang tradisional ni bergantung jugak pada tukang urut kita. Ye la, kebiasaannya, orang bersalin ni memang kita akan panggil tukang urut kan? Ada jugak yang panggil confinement lady untuk terus duduk dengan kita jaga kita selama tempoh yang diperlukan, bagi yang mampu la. Kadang-kadang tukang urut kita tu suka bawak barang sendiri atau gunakan produk yang dia dah biasa, so kena tanya dia jugak barang apa dia pakai. Kalau yang beruntung tu, kita tak payah beli pun set tradisional ni. Makcik urut tu bawakkan terus untuk kita.

Masa pantang Cik Leen guna jugak Nona Roguy ni tapi yang habis, phytonatal dan minyak herbanika je. Yang lain tak guna pun.

Tapi disebabkan Cik Leen ni bersalin secara emergency cesarean section (operate ikut tingkap hahaha) sebab bukaan tak buka-buka even lepas bagi ubat induce, jadi fokus Cik Leen lepas bersalin tu ialah nak cepatkan luka operation tu sembuh dan nak bertenaga. Sebab memang muka boleh kata pucat macam mayat la lepas bersalin tu.

Memandangkan masa pregnant pun Cik Leen dah start ambik set prenatal Shaklee, sambung terus je la dengan set berpantang Shaklee. Cuma tambah 1-2 item je, yang lain masih sama dengan set prenatal.

Set Postnatal/Berpantang Shaklee


set-pantang-moden
Set Berpantang Moden Shaklee
Set berpantang Shaklee ni membekalkan nutrisi untuk ibu-ibu selepas melahirkan dan menyusukan bayi. Set ini membekalkan nutrien penting untuk menyokong proses pemulihan anda, membantu anda mendapatkan kembali bentuk badan, menambah tenaga dan menyokong kesihatan anda di samping memberi bayi anda nutrisi yang mereka perlukan untuk membesar secara kuat dan sihat. So, mak dan anak dua-dua dapat khasiat daripada set berpantang ni. Yang paling best, kalau anak kena demam kuning/jaundice pun, kita masih boleh gunakan set ni. Sebab takde herba kan.

Apa ada dalam Set Berpantang ni?

๐Ÿ’• Sustained Release Vita-C Plus - Vitamin C semula jadi untuk kesihatan gigi, gusi, tulang, kolagen dan hampir kesemua elemen yang membentuk tubuh badan kita. Sangat bagus untuk mempercepatkan penyembuhan luka bersalin dan elakkan sebarang jangkitan.

๐Ÿ’• OmegaGuard - Membekalkan spektrum luas tujuh asid lemak penting omega-3 bergred farmaseutikal dan dilengkapi dengan proses penyulingan proprietari molekul tiga peringkat. Sangat bagus untuk kurangkan bengkak dan keradangan kat area luka kita, dan untuk ibu menyusu, sangat bagus untuk perkembangan otak bayi.

๐Ÿ’• Vita-Lea® Iron Formula - Memberikan 28 vitamin penting dan mineral utama untuk menyokong kesihatan dan kesejahteraan optimum. Siapa yang masih ingat, lepas bersalin doktor check Hb jugak kan? Bagus untuk mengekalkan bacaan Hb yang sihat.

๐Ÿ’• B-Complex - Vitamin B memainkan peranan penting untuk fungsi tubuh kerana ia membantu menukar makanan kepada tenaga untuk sel-sel anda. B-Complex ni pun penting untuk mengekalkan mood baik kita, memang vitamin B-Complex ni la yang sangat membantu untuk mengelakkan meroyan kalau nak tahu.

๐Ÿ’• ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder Makanan lazat yang kaya dengan kalsium and protein. Bila minum sebagai sarapan, bantu kita kekalkan tenaga sepanjang hari sebab GI dia rendah. Dan protein juga bantu bentuk sel-sel baru, so luka kita cepat bercantum dan sembuh. Dia kurangkan juga kemungkinan kita dapat parut keloid. Lagi satu, susu kita pekat dan baby cepat kenyang.

๐Ÿ’• Alfalfa Complex - Kaya dengan nutrien dan mineral untuk menyokong kesihatan dan kesejahteraan ibu-ibu yang menyusukan anak. Alfalfa ni juga sejenis galactagogue ye, iaitu milkbooster untuk galakkan pengeluaran susu ibu.

๐Ÿ’• OsteMatrix Diformulasi dengan kalsium, vitamin D, magnesium dan empat nutrien pembina-tulang untuk membantu menjaga tulang dan gigi yang kuat dan sihat. Untuk ibu berpantang, dia bantu elakkan sembelit, bekalkan kalsium untuk susu ibu dan ganti semula kalsium kita yang hilang semasa mengandung dan menyusukan anak.

Testimoni ibu-ibu yang berpantang dengan set berpantang Shaklee


Disebabkan Cik Leen pun berpantang dengan Shaklee, hasilnya memang memuaskan lah. Dalam masa seminggu, luka cesarean section kat luar tu memang kering bila doktor buka dressing dia. Dalam 2-3 minggu macam tu, dah boleh duduk bersila, menunduk macam biasa, tak sakit perut, so lebih kurang luka kat dalam pun dah sembuh. Rasa bertenaga, takde la rasa nak melepek je walaupun malam memang tak boleh tidur sebab baby tak kenal siang malam lagi. Susu pun memang meriah masa ni sampai bocor je baju, menitis-nitis keluar. So kerja mengepam je kita ni.

Jom kita tengok testimoni ibu-ibu lain pula yang berpantang dengan set berpantang Shaklee juga:

testimoni-set-berpantang-cepat-cergas
Cepat cergas dengan set berpantang moden

testimoni-set-berpantang-cepat-kurus-1
Berat cepat turun dengan set pantang moden

testimoni-set-berpantang-cepat-sembuh
Luka cepat sembuh dengan set pantang Shaklee

testimoni-set-berpantang-susu-banyak
Luka cepat kering dengan set pantang Shaklee

Promo Set Berpantang Shaklee

Bulan Ogos 2018 ni, Shaklee ada buat promo untuk set berpantang ni. Beli full set, dapat beg recyclable FREE "Why I Love Shaklee".

Promo-set-berpantang-Ogos-2018
Promo Set Berpantang Shaklee Ogos 2018

Harga set berpantang Shaklee ni ialah RM666.25. Kalau anda nak beli terus dengan kad debit/kredit, boleh klik terus pada icon e-sell kat bawah ni:



Kalau ada sebarang pertanyaan, atau nak order terus dengan Cik Leen, boleh klik link Whatsapp kat bawah ni ye:


 Untuk pertanyaan, klik sini



Bulan Ogos ni juga ada promosi Alfalfa Complex, beli 3 botol, jimat 5%. Sangat berbaloi untuk ibu-ibu yang bercadang untuk menyusukan anak atau nak memperbanyakkan lagi stok susu tu.





Bagi yang masih mencuba untuk hamil, mungkin boleh cuba tips ni: Ikhtiar untuk hamil dengan suplemen

SELAMAT MENCUBA!

Comments